Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBuku Terbitan 2015

KUMPULAN PUISI DARI JENDELA DUNIA.jpg

Kumpulan Puisi Dari Jendela Dunia

Penulis :  Adi Rumi

Harga  :  BND70.00

ISBN    :  978-99917-67-05-5

Tahun  :  2015


Kumpulan Puisi Dari Jendela Dunia mengandungi kompilasi puisi Adi Rumi yang menggambarkan pengalaman tentang perkembangan dan kejadian yang terjadi di depan mata penulis ini. Kesemua peristiwa yang dijejaki terutama yang melibatkan penganut agama dan negara Islam, amat mengusik kalbu dan sering menguliti minda penulis lantas menukilkannya dalam bait-bait puisi yang amat tajam sehingga meninggalkan kesan mendalam di sebalik ungkapan dan makna yang diluahkan dalam buku puisi ini. 


AMIN TIDAK MAHU BUAT JAHAT LAGI.jpg

Amin Tidak Mahu Buat Jahat Lagi

Harga  :  BND3.00

ISBN    :  978-99917-0-979-6

Tahun  :  2015


Setelah ayah Amin meninggal dunia, kasih sayang seorang ayah sudah tidak dirasainya lagi dan ini menyebabkan dia melakukan apa saja sesuka hati. Bergaul dengan kawan-kawan yang salah juga menjadikan dia bertambah nakal. Meskipun sering kali dipantau oleh

ibunya, namun dia tidak mem-pedulikannya sehingga terjadi satu kejadian yang menyebabkan ibunya tercedera kerana perbuatan nakal Amin dan kawan-kawannya sendiri. Apa yang terjadi kepada ibunya? Adakah sikap Amin akan berubah? Bacalah buku ini.


BIBLIOGRAFI MUSLIM BURMAT.jpg

BIBLIOGRAFI MUSLIM BURMAT

Siri Penulis Brunei Darussalam:

Penerima Anugerah Penulisan

Asia Tenggara

(S.E.A. Write Award)

Harga    : BND5.00

ISBN      : 978-99917-0-983-3

Tahun  :   2015


​Penerbitan Bibliografi Muslim Burmat bertujuan untuk memudahkan para pengkaji, penyelidik dan sarjana untuk mencari maklumat tentang Muslim Burmat. Bibliografi ini mengandungi maklumat yang diperoleh melalui buku, surat khabar, majalah dan kertas kerja seminar yang tersimpan dalam koleksi Bahagian Perpustakaan, Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja.
BIBLIOGRAFI YAHYA M.S. SIRI PENULIS BRUNEI DARUSSALAM.jpg

BIBLIOGRAFI YAHYA M.S. Siri Penulis Brunei Darussalam:

Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara

(S.E.A. Write Award)

 

Harga    : BND6.50

ISBN      : 978-99917-0-993-3

Tahun    : 2015


​Penerbitan Bibliografi Yahya M.S. bertujuan untuk memudahkan para pengkaji, penyelidik dan sarjana untuk mencari maklumat tentang Yahya M.S. Bibliografi ini mengandungi maklumat yang diperoleh melalui buku, surat khabar, majalah dan kertas kerja seminar yang tersimpan dalam koleksi Bahagian Perpustakaan, Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja.
BUDAYA PERKAHWINAN ETNIK MELAYU DI BRUNEI DARUSSALAM.jpg

Budaya Perkahwinan Etnik Melayu di Brunei Darussalam

 

Harga    : BND7.00

ISBN       :  979-99917-6714-7

Tahun    :  2015


​Buku Budaya Perkahwinan Etnik Melayu di Brunei Darussalam bertujuan untuk memperkenalkan secara ringkas cara pelaksanaan dan adat perkahwinan tujuh rumpun puak Melayu di Brunei Darussalam. Apabila kesemua puak ini digabungkan, masyarakat kita memang kaya serta gemilang dengan kepelbagaian adat dan budayanya. Sungguhpun zaman sudah mengalami perubahan, adat tradisi masyarakat Melayu di Brunei masih dipraktikkan terutamanya dalam upacara-upacara penting. Amat membanggakan apabila adat tradisi masing-masing masih lagi dipegang teguh bukan kerana kekayaan budaya, sakral dan nilai romantisismenya, tetapi atas kesedaran untuk terus melestari, menghidupkan kembali dan memastikan budaya Melayu di Brunei sentiasa segar dan tidak luput ditelan zaman. 
ISTILAH PENGURUSAN.jpg

Istilah PENGURUSAN

 

Harga   : BND5.00

ISBN    : 978-99917-67-0-9

Tahun   :  2015


Mendokumentasikan istilah dalam bidang pengurusan yang mengandungi 1654 istilah. Istilah bahasa Melayunya diselaras dan disesuaikan mengikut Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu.

 


ISTILAH SAINS MARIN.jpg

Istilah SAINS MARIN

 

Harga   : BND5.00

ISBN    : 978-99917-67-1-23

Tahun   :  2015


​Mendokumentasikan istilah sains marin yang meliputi subbidang geologi laut, meteorologi laut, kejuruteraan/rekayasa kelautan dan dasar/kebijakan laut yang mengandungi sebanyak 660 entri, manakala subbidang oseanografi biologi, kimia dan fizik mengandungi sebanyak 330 entri istilah.
ISTILAH SAINS SUKAN.jpg

Istilah SAINS SUKAN

KEJURULATIHAN DAN BIOMEKANIK

 

Harga   :  BND5.00

ISBN    : 978-99917-0-67-09-3

Tahun   :  2015


​Mendokumentasikan istilah dalam bidang sains sukan subbidang kejurulatihan dan biomekanik yang    mengandungi 1130 istilah. Taksonomi bidang sains sukan dalam buku istilah ini mengandungi beberapa subbidang berdasarkan pemecahan prinsip, iaitu subbidang psikologi sukan, sosiologi sukan, perubatan sukan, nutrisi sukan, falsafah sukan, sejarah sukan, anatomi sukan dan sains permainan. 
ISTILAH TEMPATAN BRUNEI DARUSSALAM PERUBATAN, OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI.jpg

Istilah Tempatan Brunei Darussalam: Perubatan, Obstetrik dan Ginekologi

 

Harga   : BND2.00

ISBN    : 978-99917-0-6713-0

Tahun   :  2015


​Mendokumentasikan istilah tempatan Brunei Darussalam dalam bidang perubatan, obstetrik dan ginekologi. Buku ini diharap dapat dimanfaatkan oleh pembaca khususnya kepada pengguna bahasa Melayu dalam bidang sains perubatan.
KUMPULAN PUISI BICARA OMBAK.jpg

Kumpulan Puisi: Bicara Ombak

 

Harga   : BND5.00

ISBN    : 978-99917-6-702-4

Tahun   :  2015


Kehidupan itu adalah seperti ombak di laut. Ia berkocak, berdebur, dan berbahana sepanjang zaman. Pasang surut, menghempas pantai, menerjah batu-batuan yang menghadang. Begitulah Bicara Ombak memaparkan kehidupan manusia. Sebanyak 102 buah sajak dalam sajak K. Manis yang bertajuk Bicara Ombak ini mengungkap kepelbagaian tema dan persoalan yang menyentuh dan menyingkap wajah kehidupan itu sendiri. Pelbagai isu global seperti isu sosioekonomi, politik, budaya, ketuhanan dan alam sekitar juga dimuatkan oleh penulis. Ia memerlukan kita untuk terus berfikir bahawa kita terus diterjah oleh ombak-ombak kehidupan global yang memerlukan ketahanan diri kita sendiri.

 


LARI BERSAMA MUSIM.jpg

Lari Bersama Musim

 

Harga  :  BND5.50

ISBN   :  978-99917-0-67-07-9

Tahun :  2015


​Novel Lari Bersama Musim mengisahkan realiti kehidupan Adam dan keluarganya di Kampung Setia yang mengalami ancaman bencana alam yang memberi kesan kepada mata pencarian penghidupan Adam. Air kemerahan adalah ancaman beracun yang berlaku di Kampung Setia menyebabkan Adam dan keluarganya berpindah ke darat, Kampung Kiarong untuk mencari penghidupan yang lebih baik dengan cara bertani. Namun, perpindahan mereka ke darat tidak memberikan kebahagiaan bagi keluarga Adam. Air di laut itu menjadi racun dan meninggalkan kesan banjir yang membunuh anak-anak padi dan tiada siapa sebenarnya dapat menahan kedatangan musim yang tidak menentu. Apakah rintangan yang Adam hadapi di darat? Di manakah sebenarnya hidup dapat berlabuh?
NABIL ANAK YANG SOLEH NABIL THE PIOUS CHILD.jpg

Nabil Anak Yang Soleh/ Nabil The Pious Child

 

Harga   :  BND3.00

ISBN    :  978-99917-0-987-1

Tahun   :  2015


Nabil Anak Yang Soleh merupakan buku kanak-kanak yang meng-gunakan dua bahasa ataupun bilingual yang sarat dengan nilai-nilai baik dalam kehidupan kita sehari-hari.   Ceritanya juga banyak menyelitkan unsur inspirasi dan teladan kepada pembaca. Dengan membaca buku ini, kanak-kanak akan mendapat iktibar mengenai perlakuan Nabil yang dapat dicontohi seperti ikhlas dalam melakukan sesuatu, menjauhi perbuatan jahat, memberi salam, banyak membaca kisah para nabi dan rasul, menolong orang dalam kesusahan, dan banyak lagi.
NAKHODA MANIS.jpg

Nakhoda Manis

(Dwibahasa)

 

Harga   :  BND3.00

ISBN    :  978-99917-0-991-8

Tahun   :  2015


Naskhah awal diterbitkan pada tahun 1990 dalam bahasa Melayu. Terbitan terbaru ini, menggunakan bilingual, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris agar pembacanya lebih luas. Ia mengisahkan seorang pemuda bernama Manis dan ibunya bernama Dang Ambun. Ayah Manis telah lama meninggal dunia. Sejak kecil Manis diberi kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Setelah dewasa, Manis mengambil keputusan untuk pergi belayar dengan niat berbakti untuk negara. Dengan perasaan sedih, ibunya terpaksa melepaskan anak kesayangannya itu pergi jauh pada saat ibunya masih memerlukannya. Buku ini mengajar anak-anak supaya taat kepada ibu bapa, jangan sombong dan lupa diri apabila senang, dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan kita.

 


PANDUAN DIFTONG DAN RANGKAP VOKAL BAHASA MELAYU ANALISIS AKUSTIK BERKOMPUTER.jpg

Panduan Diftong dan Rangkap Vokal Bahasa Melayu Analisis Akustik Berkomputer

 

Harga   :  BND5.50

ISBN    :  978-99917-0-971-0

Tahun   :  2015


​Diftong dan rangkap vokal bahasa Melayu ini adalah untuk menjawab soalan yang berulang kali ditanyakan oleh guru bahasa Melayu dan mahasiswa dari dalam dan luar negara. Buku ini diaplikasikan dengan kaedah fonetik akustik berkomputer kepada kajian diftong dan rangkap vokal. Hasil kajian yang bersifat objektif sehingga kesalahfahaman kajian-kajian lepas telah dapat dibetulkan untuk kepentingan kita bersama. Diharap buku panduan ini akan dapat menghilangkan kesalahfahaman tentang diftong dan rangkap vokal yang terdapat dalam kajian-kajian lepas. Bagaimanapun, sumber-sumber kajian lepas yang tidak dinyatakan dalam halaman buku ini adalah bertujuan untuk memberikan jawapan secara terus terhadap masalah-masalah yang mengakibatkan kekeliruan dalam kalangan guru, mahasiswa dan pengkaji bahasa secara am.
PENGEMBARAAN PELANDUK DAN SINGA KE PLANET.jpg

Pengembaraan Pelanduk dan Singa ke Planet

 

Harga   :  BND3.00

ISBN    :  978-99917-0-974-1

Tahun   :  2015


Pengembaraan Pelanduk dan Singa ke Planet   merupakan sebuah cerita fantasi dan sains fiksyen yang mengandungi pengajaran yang bermanfaat berunsurkan perikemanusiaan, moral, dan pengetahuan mengenai nama binatang di zaman purba dan nama-nama planet di angkasa. Dalam buku ini mengisah-

kan Pelanduk membawa Singa ke planet untuk melihatkan raksasa di sana sekadar untuk menyedarkan dan menghilangkan kesombongan Singa yang menunjukkan kekuatan pada binatang yang lemah. Cerita ini mengajar kanak-kanak agar tidak berbuat nakal, sombong, menunjuk-nunjuk kuat, dan kuasa orang lemah dan menunjukkan kekuasaannya. Dapatkanlah buku ini untuk koleksi adik-adik hari ini.


PERUBATAN HERBA MASYARAKAT MELAYU BRUNEI.jpg

PERUBATAN HERBA MASYARAKAT MELAYU BRUNEI

(Edisi Kedua Cetakan Pertama)

 

Harga   :  BND5.50

ISBN    :  978-99917-0-962-8

Tahun   :  2015


Perubatan Herba Masyarakat Melayu Brunei mendedahkan beberapa jenis rawatan perubatan yang dipusakai oleh orang Melayu Brunei sejak zaman-berzaman. Kajian ini memuatkan perubatan dua jenis preskripsi, iaitu secara fizikal dan spiritual. Orang pandai mengubati berperanan penting untuk menyediakan ubat-ubatan tradisional dan penerimaan masyarakat hari ini terhadap orang pandai mengubati merupakan pemangkin aktiviti perubatan tradisional. Hasil kajian membuktikan ubat tradisional telah berjaya menyembuhkan penyakit kronik.
SI AWANG DENGAN SI KENCING MANIS, SI DARAH TINGGI, DAN SI LEMAH JANTUNG.jpg

Si Awang dengan Si Kencing Manis, Si Darah Tinggi, dan Si Lemah Jantung

 

Harga   :  BND3.00

ISBN    :  978-99917-0-980-2

Tahun   :  2015

 


​Sebuah cerita kanak-kanak humor kon-temporari, mengisahkan tiga jenis penyakit yang jatuh cinta dengan Si Awang yang mengabaikan kesihatan. Mereka bertiga bergabung untuk menjadikan Si Awang sakit. Dapatkah Si Awang bertahan dan mengubah diri ke arah kehidupan yang lebih sihat? Pastinya buku ini akan memotivasikan adik-adik ke arah kehidupan yang lebih sihat.
USUP DENGAN KUCING AJAIB.jpg

Usup dengan Kucing Ajaib

 

Harga   :  BND3.00

ISBN    :  978-99917-0-995-6

Tahun   :  2015


​Mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri, iaitu Usup dan Salmi. Meskipun Usup hanya bekerja sebagai penjual kayu api, namun dia sangat rajin bekerja dan suka membantu penduduk kampung. Suatu hari, isterinya mencadangkan Usup untuk bertukar kerja kerana bimbang akan keselamatan suaminya ketika mengumpul kayu api di hutan. Usup setuju dengan cadangan isterinya dan pada hari terakhir usup mengumpul kayu api, dia menjumpai seekor kucing yang tercedera. Keikhlasannya berbuat baik dan merawat kucing yang tercedera itu menyebabkan Usup mendapat keberuntungan. Apakah yang telah dilakukan Usup? Bagaimanakah keberuntungan itu boleh terjadi? Jangan lepaskan peluang dengan mendapatkan naskhah Usup dengan Kucing Ajaib.